Dewan Bankuet UPM telah diuruskan oleh PKKSSAAS bermula pada tahun 2022. Dewan yang terletak di selatan kampus UPM dan mudah diakses melalui jalan Lebuh Silikon, Lebuh Raya KL- Seremban ini berkapasiti maksimum seramai 1200 - 3000 orang. Dewan Bankuet ini terbuka untuk tempahan daripada warga kampus, agensi dan persatuan luar serta orang awam bagi mengadakan acara rasmi dan aktiviti sosial seperti Majlis Perkahwinan, Makan Malam Korporat, Produksi TV, seminar, peperiksaan dan lain-lain.
Kemudahan asas yang terdapat di Dewan Bankuet adalah seperti ruang pentas, foyer, kelengkapan sistem penghawa dingin, bilik VIP, bilik urusetia dan kelengkapan peralatan lain.
Updated:: 11/08/2026 [kamarulhelmy]

43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.