Panggung Percubaan adalah salah satu fasiliti di PKKSSAAS dengan kapasiti maksimum adalah seramai 300 – 450 orang. Panggung Percubaan merupakan suatu medan manifestasi seni bagi aktiviti pelajar dan warga kampus meliputi bidang seni persembahan, muzik, teater, tarian dan penganjuran bengkel – bengkel dalam menyemarakkan kebudayaan dan kesenian berasaskan kecemerlangan seni persembahan. Kini, Panggung Percubaan juga merupakan salah satu pilihan utama untuk warga luar kampus dalam menganjurkan aktiviti berbentuk pementasan, majlis anugerah, persidangan, peperiksaan, makan malam dan juga produksi TV.
Kemudahan asas yang terdapat di Panggung Percubaan adalah seperti ruang pentas, foyer, kerusi bankuet, kelengkapan sistem penghawa dingin, sistem audio dan siaraya, sistem pencahayaan, bilik VIP, bilik urusetia dan kelengkapan peralatan lain serta perkhidmatan tambahan seperti rakaman gambar dan video, Multiple Camera Production (MCP) dan hiasan dewan.
Updated:: 11/08/2026 [kamarulhelmy]

43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.