Dewan Besar adalah salah satu fasiliti utama di PKKSSAAS dengan kapasiti maksimum adalah seramai 1000 – 2800 orang. Antara aktiviti yang dijalankan di sini ialah majlis rasmi universiti seperti Majlis Konvokesyen, Pameran Penyelidikan, Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang, Majlis Makan Malam bersama DYMM Tuanku Canselor, Istiadat Pentauliahan Di-Raja PALAPES Universiti Awam, Majlis Bersama Naib Canselor, Minggu Suaikenal Pelajar Baharu, Peperiksaan Pelajar dan aktiviti kebudayaan. Disamping itu, Dewan Besar juga menerima tempahan untuk mengadakan aktiviti daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan, syarikat swasta, persatuan dalam dan luar kampus.
Kemudahan asas yang terdapat di Dewan Besar ialah ruang pentas, foyer, kerusi bankuet, skrin LED, LCD Projektor, kelengkapan sistem penghawa dingin, sistem audio dan siaraya, sistem pencahayaan, bilik VIP, Kamar Tuanku, bilik urusetia dan kelengkapan peralatan lain serta perkhidmatan tambahan seperti rakaman gambar dan video, Multiple Camera Production (MCP) dan hiasan dewan
Updated:: 11/08/2026 [kamarulhelmy]

43400 UPM,
Serdang,
Selangor Darul Ehsan.