Fungsi Dan Peranan | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» MENGENAI KAMI » Fungsi dan Peranan

Fungsi dan Peranan

 

Fungsi Dan Peranan

Sehingga kini (2015) terdapat dua (2) seksyen utama yang beroperasi mengurus dan mentadbir perjalanan pentadbiran dan korporat serta aktiviti kesenian dan kebudayaan di PKKSSAAS iaitu :

  1. SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KORPORAT

         Peranan utama seksyen ini adalah untuk  mentadbir urus Pengurusan Sumber  
         Manusia,  Pembangunan Sumber Manusia termasuk latihan, mentadbir
         urus pengurusan kewangan dan mentadbir urus rekod-rekod di PKKSSAAS

          A)Pengurusan dan Teknikal 
  
         Merupakan subseksyen di bawah Seksyen Pentadbiran dan Korporat yang
         berperanan :

  • Mengurus tempahan prasarana Dewan Besar, Panggung Percubaan dan Foyer Dewan besar serta  Khidmat Kebudayaan.

  • Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan bangunan, infrastruktur, elektrik dan alatan teknikal di PKKSSAAS serta   kerja-kerja persiapan dewan untuk sebarang aktiviti yang berlangsung di Dewan Besar atau Panggung Percubaan.

  • Mengurus publisiti dan imej melalui pelbagai bentuk publisiti dan imej sama ada hebahan melalui laman sesawang, brosur, 'flyers' , banting, 'banner' dan sebagainya, menguruskan laman sesawang PKKSSAAS dan bertanggungjawab untuk rakaman foto bagi program anjuran PKKSSAAS dan UPM bagi tujuan pelaporan

    B) Pelaksanaan dan Operasi

        Merupakan unit di bawah Seksyen Pentadbiran dan Korporat yang terlibat secara
        langsung di bawah Subseksyen Pengurusan dan Teknikal juga terlibat secara
        tidak langsung di bawah Seksyen Kebudayan dan Kesenian di mana peranan unit
        ini adalah :

  • Membantu kerja-kerja persiapan dewan bagi sebarang majlis di Dewan Besar 
    atau Panggung Percubaan.

  • Membantu kerja-kerja penyelenggaraan dewan, peralatan muzik serta 
    kerja-kerja pemunggahan alatan muzik dan sebagainya.

  • Membantu kerja-kerja publisiti, rakaman foto dan kerja-kerja pentadbiran 
    dan pengurusan tempahan dewan.

 

  1. SEKSYEN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

        Merupakan seksyen kedua utama dalam organisasi PKKSSAAS yang berperanan:

  • Menguruskan tempahan khidmat kebudayaan bagi sebarang aktiviti dari tempahan dalaman Universiti dan juga tempahan dari luar Universiti

  • Menguruskan penyelenggaraan alatan muzik dan penyelenggaraan studio

  • Membina 'trend' baru atau 'trendsetter' untuk menjadi bahan rujukan, peneraju dan meraih peluang maksimum  dalam persaingan peringkat individu, kumpulan kebudayan dan kesenian dan organisasi dalam seni budaya  dan dokumentasi.

  • Menghasilkan idea-idea kreatif yang baru dan inovatif dalam pemajuan seni budaya di PKKSSAAS.

  • Merancang dan melaksanakan persembahan, mewujudkan kelab-kelab kebudayaan dan kesenian dan meningkatkan  kualiti dan kuantiti persembahan di PKKSSAAS serta menyediakan khidmat nasihat dan meningkatkan kepakaran dan pelapis seni persembahan pentas.

 

 

 

Kemaskini:: 15/08/2017 [akma]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566331513