Perutusan Pengarah | PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
» MENGENAI KAMI » Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam  Sejahtera,

Alhamdulillah segala  pujian  bagi Allah,  kerana atas kebesaran dan rahmatNya dapat  kami membangunkan laman  web PKKSSAAS yang  baru dengan  matlamat menjadikannya sebagai salah satu saluran  penyebar matlumat kebudayaan  dan  kesenian.

 

Pertama sekali ingin saya merakamkan ucapan  terima kasih kepada semua  warga UPM kerana  sentiasa membantu  dan  menyokong usaha PKKSSAAS ke arah  pemantapan modal  insan, terutamanya  di kalangan  staf  PKKSSAAS yang memberikan  komitmen yang  tinggi dan  penuh  berdedikasi  serta  sentiasa  berusaha untuk  meningkatkan  kecemerlangan PKKSSAAS.

 

Pada  masa  kini, PKKSSAAS adalah merupakan sebuah entiti yang  dipertanggungjawabkan untuk  menjadi  medium  bagi  berlangsungnya  apa  jua  majlis  dan  PROGRAM  anjuran  universiti secara khasnya.  Di samping  itu  terdapat  beberapa  agensi luar,  kolej swasta  dan syarikat  swasta  yang  turut  berminat  menganjurkan  pelbagai  bentuk  program  dan majlis  rasmi di sini.  PKKSSAAS kini  berfungsi  sebagai sebuah pusat  kesenian dan  kebudayaan  bagi   komuniti  kampus dan    terlibat secara  langsung dalam  mengadakan aktiviti-aktiviti yang  berkaitan dengan seni dan kebudayaan.

 

Kini,  PKKSSAAS telah berusaha menyediakan kemudahan dan memberi ruang pada  warga  UPM  untuk  turut  serta  dalam   menjayakan aktiviti  kebudayaan  dan  kesenian.  Pusat juga telah mengadakan  latihan  kesenian  pada  setiap  minggu dalam  usaha untuk mencungkil dan  memupuk bakat seni  yang  terpendam di kalangan  warga  UPM.  Antaranya  ialah dengan  mengadakan  kelas  bagi  mempelajari  seni  muzik tradisional  seperti  gamelan,  caklempong,  kompang, kelas seni  tari, kelas nyanyian kumpulan koir dan  dikir  barat. Kelas ini  dikendalikan oleh penunjuk ajar dari luar yang berpengalaman di dalam bidang masing-masing.

 

Akhir  kata dari saya, kami  berharap semua  warga  UPM akan mendapat manfaat dari laman  web  ini  dan kami  juga mengalu-alukan semua  warga  UPM terus  memberikan  sokongan,  pandangan,  pendapat,  kritikan  bagi  memastikan kami agar  menyediakan perkhidmatan yang terbaik di  universiti ini.

 

“Budaya Dijunjung, Martabat Disanjung”

 

ABDULLAH ARSHAD
PENGARAH
PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, UPM

Kemaskini:: 11/06/2019 [akma]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566192900